Thursday, April 28, 2011

Kenali Kulit Wajah Anda

Pengetahuan mengenai jenis kulit kita adalah perkara yang utama dalam memilih skincare ataupun produk yang sesuai. Tambahan pula, jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa iaitu bergantung kepada persekitaran yang didiami, faktor umur, perubahan hormon dalam badan serta produk kecantikan yang digunakan. Skincare atau produk kecantikan yang digunakan hari ini tidak semestinya sesuai lagi digunakan pada masa akan datang. Sebab itulah disarankan kita meneliti sendiri kulit wajah dari semasa ke semasa  ataupun membuat pemeriksaan di pusat-pusat kecantikan agar kita dapat memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit.. Penggunaan produk/kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit mampu meninggalkan kesan yang negatif ke atas kesihatan kulit.

Bagaimana mengetahui jenis kulit wajah anda??

1. Kulit Normal - kelihatan kemerah-merahan, berseri, gebu, pejal, segar, tiada parut atau bertanda.
2. Kulit Berminyak - kelihatan berkilat dan berminyak, liang roma terbuka, kulit alahan dan mudah bertanda, berbintik2, senang ditumbuhi jerawat, pucat dan tidak berseri.
3. Kulit Kering - kelihatan kasar dan kusam, liang pori kelihatan rapat dan berkedut, mudah iritasi dgn keadaan persekitaran.
4. Kulit Kombinasi - Kulit muka di bahagian T-zone kelihatan berminyak manakala bahagian lain kelihatan normal/kering.


Layari: http://serbaserbikulit.com/category/jenis-kulit-muka/


No comments:

Post a Comment