Tuesday, May 17, 2011

Khasiat Teh Hijau

Ketahui bahawa green tea (teh hijau) mengandungi banyak khasiat dan manfaatnya kepada kesihatan tubuh dan kulit khasnya baik diminum terus mahupun digunakan sebagai sabun, scrub badan ataupun massage oil. Didapati bahawa produk yang mengandungi extrak green tea membantu dalam:
  1. Mengawal tekanan darah tinggi.
  2. Mengawal paras gula dalam darah.
  3. Sesetengah penyakit barah.
  4. Menguatkan sistem imun.
  5. Menurunkan aras kolesterol.  
  6. Menggalakkan pembakaran lemak dan juga detoks.
  7. Kemampuan antioksidan memperlambatkan penuaan dini. 
  8. Melembab serta melembutkan kulit.
  9. Melindungi kulit dari bahaya ultraviolet.
http://greenteacolostrum.com/khasiat-teh-hijau.html
http://kautharherbs.blogspot.com/2009/12/khasiat-teh-hijau.html
http://lifestyle.okezone.com/read/2009/10/11/29/264558/khasiat-teh-untuk-kecantikan

Friday, May 6, 2011

Pentingnya senaman dan urutan muka yang betul

 Tekanan dan faktor umur merupakan penyebab utama kedutan di muka dan akibatnya otot-otot bahagian muka kurang bermaya dan lesu. Sekiranya dibiarkan begitu sahaja, kadar kedutan menjadi cepat sebelum waktunya. Jadi urutan lembut ke atas bahagian muka melalui teknik senaman dan urutan muka yang betul dapat meningkatkan perjalanan darah bernutrien dan oksigen ke bahagian dalam  muka anda seterusnya mengembalikan seri di wajah. Perlu diingatkan penggunaan sabun untuk urut muka adalah kurang sesuai kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan sensitif.


What are the advantages of a facial massage?

Massage can not only regulate blood circulation, and increase the absorption of nutrients; it can also relax the skin. Some people have the misconception that massaging can cause gradual wrinkles. Massage has to be done in the correct way. There should not be excessive kneading as the skin and facial muscles controlling our expressions are extremely delicate. Not only that, there are many pressure points in and around the face area. This is why massages should be gentle yet firm and pressure should be administered along the muscles and channels. Pressure points should be pressed correctly. You should only seek professional assistance when it comes to massaging.

http://www.newyorkskinsolutions.com/q&a.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_03.htm

Thursday, April 28, 2011

Kenali Kulit Wajah Anda

Pengetahuan mengenai jenis kulit kita adalah perkara yang utama dalam memilih skincare ataupun produk yang sesuai. Tambahan pula, jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa iaitu bergantung kepada persekitaran yang didiami, faktor umur, perubahan hormon dalam badan serta produk kecantikan yang digunakan. Skincare atau produk kecantikan yang digunakan hari ini tidak semestinya sesuai lagi digunakan pada masa akan datang. Sebab itulah disarankan kita meneliti sendiri kulit wajah dari semasa ke semasa  ataupun membuat pemeriksaan di pusat-pusat kecantikan agar kita dapat memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit.. Penggunaan produk/kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit mampu meninggalkan kesan yang negatif ke atas kesihatan kulit.

Bagaimana mengetahui jenis kulit wajah anda??

1. Kulit Normal - kelihatan kemerah-merahan, berseri, gebu, pejal, segar, tiada parut atau bertanda.
2. Kulit Berminyak - kelihatan berkilat dan berminyak, liang roma terbuka, kulit alahan dan mudah bertanda, berbintik2, senang ditumbuhi jerawat, pucat dan tidak berseri.
3. Kulit Kering - kelihatan kasar dan kusam, liang pori kelihatan rapat dan berkedut, mudah iritasi dgn keadaan persekitaran.
4. Kulit Kombinasi - Kulit muka di bahagian T-zone kelihatan berminyak manakala bahagian lain kelihatan normal/kering.


Layari: http://serbaserbikulit.com/category/jenis-kulit-muka/


Thursday, April 14, 2011

Pelbagai Khasiat MINYAK KELAPA DARA

 "Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia.”- Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)

"Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik."
- Prof.Dr.Mary G.Enig Director, Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue, 500 Silver Spring, MD 20904-2633 U.S.


Antara Kebaikan Minum Minyak Kelapa Dara:

1. Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga
4. Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.
5. Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap
6. Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan sesaorang.
7. Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
8. Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
9. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
10. Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.




Selanjutnya layari:
http://www.bio-asli.com/info_kesihatan.asp