About MeElegant


Bermulanya MeElegant di sini……………

            Kecantikan adalah sesuatu yang sangat subjektif..lain org lain pandangan masing-masing tentang kecantikan. Setiap wanita itu pastinya ingin kelihatan cantik, bermaya dan elegan sepanjang masa tak kiralah semasa ia bangun tidur, ketika sedang memasak mahupun semasa bersosial. Sesetengah wanita pula lebih mementingkan kecantikan luaran sahaja berbanding dalaman atas alasan mereka tersendiri. Biarpun begitu, kesihatan dalaman amatlah penting dan tidak seharusnya diambil mudah kerana ianya adalah jangka panjang. Kecantikan dalaman sesungguhnya menyerlahkan kecantikan fizikal.
Seperti wanita yang lain, saya amat meminati bidang kecantikan sejak kecil lagi..Iyelah kecik2 lagi dah belajar guna pencuci muka, bedak asas dan sebagainya. Rasa bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang terdiri daripada ramai wanita yang mana kami adik-beradik perempuan khasnya sangatlah rapat di antara satu sama lain. Dalam semua hal termasuklah tentang penjagaan diri amat kami titikberatkan. Sewaktu bermasa ada sahaja produk sendiri yang dicipta berasaskan petua orang2 tua dicampuradun dgn ramuan yang dirasakan lebih baik dan fresh semata-mata untuk mencantikkan diri. Walaubagaimanapun semuanya yang direka tadi (selalunya scrub) adalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Selain daripada mencipta scrub/lulur sendiri, kami juga sering melakukan spa sesama sendiri sekadar memenuhi masa yang terluang dan tujuan suka-suka (hobi) sahaja. Minat yang mendalam dalam bidang ini terus melonjak apabila ada dikalangan saudara kami bergiat aktif dalam bidang kecantikan dan memiliki spa dan salun sendiri. Kami belajar sedikit sebanyak teknik asas mencuci muka beserta urutan badan.
Walaupun pada mulanya tidak memiliki sijil kecantikan yang diiktiraf, kami yakin dengan bakat semulajadi yang ada ditambah pula dengan  teknik asas yang berguna daripada saudara sendiri, kami terus melangkah demi selangkah membangunkan kemahiran yang ada. Kami telah mengikuti kursus-kursus kecantikan di sekitar Kuala Lumpur bagi menambahkan lagi pengetahuan berkaitan bidang kecantikan – rawatan kecantikan seluruh badan dan juga teknik makeup yang betul. Dengan ilmu dan kemahiran yang ada, kami berpakat mengusahakan perniagaan secara secara kecil-kecilan khas buat teman-teman rapat dan kenalan sahaja. Insentif bukanlah ukuran dalam kami membangunkan bisnes kecil ini sebaliknya ianya sebagai pemangkin untuk kami terus mempergiatkan usaha ke arah yang lebih profesional. Di samping membantu sahabat sahabat dan rakan-rakan wanita yang lain, kami menjana ilmu dan teknik-teknik yang lebih sesuai dan berkesan untuk setiap permasalahan/ permintaan yang berlainan. Bermula sebagai MeElegant Beauty Spa, perniaagaan kami bergerak dari rumah dan juga secara mobile sekiranya ada permintaan dan mengikut jadual kami yang agak padat.