Thursday, April 28, 2011

Kenali Kulit Wajah Anda

Pengetahuan mengenai jenis kulit kita adalah perkara yang utama dalam memilih skincare ataupun produk yang sesuai. Tambahan pula, jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa iaitu bergantung kepada persekitaran yang didiami, faktor umur, perubahan hormon dalam badan serta produk kecantikan yang digunakan. Skincare atau produk kecantikan yang digunakan hari ini tidak semestinya sesuai lagi digunakan pada masa akan datang. Sebab itulah disarankan kita meneliti sendiri kulit wajah dari semasa ke semasa  ataupun membuat pemeriksaan di pusat-pusat kecantikan agar kita dapat memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit.. Penggunaan produk/kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit mampu meninggalkan kesan yang negatif ke atas kesihatan kulit.

Bagaimana mengetahui jenis kulit wajah anda??

1. Kulit Normal - kelihatan kemerah-merahan, berseri, gebu, pejal, segar, tiada parut atau bertanda.
2. Kulit Berminyak - kelihatan berkilat dan berminyak, liang roma terbuka, kulit alahan dan mudah bertanda, berbintik2, senang ditumbuhi jerawat, pucat dan tidak berseri.
3. Kulit Kering - kelihatan kasar dan kusam, liang pori kelihatan rapat dan berkedut, mudah iritasi dgn keadaan persekitaran.
4. Kulit Kombinasi - Kulit muka di bahagian T-zone kelihatan berminyak manakala bahagian lain kelihatan normal/kering.


Layari: http://serbaserbikulit.com/category/jenis-kulit-muka/


Thursday, April 14, 2011

Pelbagai Khasiat MINYAK KELAPA DARA

 "Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia.”- Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)

"Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik."
- Prof.Dr.Mary G.Enig Director, Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue, 500 Silver Spring, MD 20904-2633 U.S.


Antara Kebaikan Minum Minyak Kelapa Dara:

1. Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga
4. Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.
5. Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap
6. Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan sesaorang.
7. Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
8. Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
9. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
10. Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.




Selanjutnya layari:
http://www.bio-asli.com/info_kesihatan.asp